May 14, 2013

Nuaim Ilman Sudden Death: Silent Killer "Atypical Pneumonia"

Salam semua,

beratnya jari-jari ini nak mencatat secara terperinci tentang apa yg telah berlaku ke atas anak bongsu kami, Allahyarham Muhammad Nuaim Ilman bin Mohd. Nazry. Arwah baru sahaja berusia 94 hari ketika dijemput Illahi pada 26 April 2013, iaitu lebih kurang 2 minggu yg lalu. Anak lelaki ketiga kami, berjarak 4 tahun daripada abang kedua (Nafiz). Ramai sudah tahu tentang kehilangan anak kami, jadi saya akan terus jump kepada penyebab kematian arwah.

Tidak sampai seminggu pemergian Nuaim, kami sudah kembali ke Bukit Mahkota, Bangi. Kenapa awal sgt? Sebab sijil kematian perlu didaftarkan dalam masa seminggu di kawasan kelahiran bayi. Selesai urusan di JPN Kajang, suami cadangkan kami pergi berjumpa dgn Sub-Inspektor Ramlan, Ketua Balai Bndr. Seri Putra utk bertanyakan tindakan seterusnya yg perlu kami ambil dalam kes Nuaim ini. Kedatangan kami memang sudah dinantikan oleh beliau. Hasil perbincangan bermula daripada panggilan telefon drpd pihak nursery, Nuaim dibawa ke Unit Kecemasan KK kemudian dikejarkan ke Unit Kritikal Hospital Serdang, disahkan meninggal, desakan post mortem oleh pakar kanak-kanak, hinggalah keputusan post mortem dijelaskan kpd kami (ibubapa) oleh pakar forensik Hospital Serdang.

Beliau mendengar penjelasan kami dgn khusyuknya tanpa mencelah apa-apa, memberikan kami peluang meluahkan perasaan tidak puas hati dengan kecuaian pihak nursery terutamanya. Beliau kemudian menjelaskan dgn penuh profesional & berhati-hati bahawa kami boleh teruskan niat utk menyaman dan polis akan terus buka kertas siasatan. "Tapi saya sudah berbincang dgn Dr Fatimah (Forensik), Dr kata tiada unsur jenayah ditemui pada arwah, jadi saya sudah tutup kes. Boleh diteruskan dgn saman ke atas kecuaian, tiada masalah tapi akan ada byk implikasinya kpd cik berdua. Akan ambil masa yg panjang bila kes dibawa naik court, mungkin mendera emosi & mental parents, dsbgnya". Kami faham dan bersetuju dgn beliau. Sebenarnya memang kami pun tiada niat sampai ke tahap menyaman nursery, sebab kami taknak kubur arwah digali sekali lagi utk re-post mortem sekiranya peguam mencabar kesahihan result post mortem awal. Kami cuma mahu nursery ini lebih bertanggungjawab, ambil berat perkara ini & tidak terlepas begitu sahaja sebab dah melibatkan kematian anak di bwh jagaan mereka.

Kenapa?
1. Membiarkan anak saya yg sedang merengek dalam keadaan meniarap dlm masa 10-15 minit dgn harapan anak sy akan tertidur nanti.
2. Tidak memandikan Nuaim dari pagi kerana menyangkakan anak saya sudah mandi (katanya dia cium anak saya, berbau wangi so dia assume baby dah mandi), tidak boleh telefon tanya kpd kami ke?
3. Bila anak saya dijumpai sudah biru, owner tidak terus membawa Nuaim ke kecemasan, sebaliknya mengambil tindakan sendiri membawanya ke klinik2 swasta di sekitar kerana katanya "terlalu panik". Masa yg panjang sudah terbazir di situ, anak sudah biru, oksigen sudah lama tidak sampai ke otak, tiada bantuan awal diberikan serta-merta, dan tidak tahu di mana letaknya kecemasan terdekat. Semua klinik swasta tidak mahu terima. Sedih kan?
4. Bila ambulans nak bawa ke Serdang, owner nursery cakap pada suami saya yang dia nak follow kereta suami sebab tak tahu jalan ke Hospital. Mungkin panik teramat atau mungkin benar dia tak tahu jalan.

Kemudian kami ke nursery utk minta penjelasan terperinci ttg apa yg telah berlaku pada hari kejadian. Sebelum ke sana petang itu, saya dan suami gelisah dan berdebar sangat sebab nak berhadapan & mendengar keseluruhan cerita. Saya solat & doa byk2 supaya Allah tenangkan hati kami, mohon dikuatkan hati & ditabahkan jiwa kami. Sampai di sana, menggigil tangan dan kaki saya melangkah masuk ke dlm nursery. Owner sambut saya dari luar dan terus peluk saya. Pengasuh2 datang peluk saya sambil menangis meminta maaf. Saya angguk sahaja sebab terlalu sebak dan hiba. Kami berikan ruang dahulu utk mereka bercerita & menjelaskan keadaan. Barulah suami menjelaskan satu-persatu kecuaian yg telah berlaku. Benar, bila panik sangat kita tak boleh berfikir secara logik. Tapi SOP tersusun perlu ada utk run sebuah nursery. Panjang perbincangan kami, kami tegur cara pengurusan dan tindakan tidak profesional owner directly. Akhirnya mereka minta maaf dan mengakui kesilapan2 mereka. Saya dan suami tidak langsung marah-marah atau memaki-hamun, cuma mungkin nada suara agak tinggi kerana cuba melawan hati yg sebak. Setiap patah perkataan dan ayat mereka merobek2 hati dan perasaan kami, tapi saya cuba bertenang supaya saya tidak membenci. Bila sebak, saya genggam tangan suami supaya saya terus kuat utk berada di situ. Ok done for this part, kami bermaaf-maafan. Kami collect barang2 dan pakaian Nuaim yg ditinggalkan di nursery. Luluh hati saya! Tapi sebahagian kemarahan yg tersimpan dalam hati kami mula mereda, dan kami tinggalkan nursery dgn sedikit ketenangan kerana misi tercapai.

Persinggahan seterusnya ialah Hospital Annur Bangi, tempat dimana Nuaim dilahirkan. Tujuannya utk minta medical report dan history Nuaim sepanjang menerima rawatan di situ. Check-up, lahir, berkhatan, menerima imunisasi dan mendapatkan rawatan terakhir 2 hari sebelum pemergian arwah kerana kerap cirit. Alhamdulillah kami dapat kerjasama dan bantuan sepenuhnya dari Paed dan staf di Jabatan Rekod yang langsung tidak mengecaj kami utk MR.

Persinggahan terakhir ialah Unit Forensik Hospital Serdang, utk mendapatkan result post mortem tempohari. Rupa-rupanya report belum siap, kami perlu jumpa pakar forensik terus utk mohon dipercepatkan sekiranya perlu. Saya dan suami tunggu pukul 2 utk pejabat forensik dibuka, kemudian setengah jam lagi kerana doktor sedang meeting. Dr Fatimah sambut kami dgn berlapang dada dan senyuman manis. Hati saya lega sebab banyak perkara kami nakkan penjelasan terus daripada beliau. Kata beliau "masuklah, buat macam rumah sendiri, ini memang tugas dan amanah kami, datanglah, kami alu-alukan".

Soalan kami bermula dengan "Kenapa COD baby saya pneumonia doc?". Berdasarkan penjelasan rakan2 yg bekerja sbg doktor (terima kasih kerana bagi kami banyak input) dan rakan2 yg mempunyai anak penghidap pnuemonia, pneumonia ada simptom2 jelas seperti demam, batuk, selsema dan bunyi pelik pada pernafasan. Anak kami tiada langsung simptom2 tersebut. Doc kate dia dah expect soalan kami. Sebelum itu, saya nak bagitau kawan-kawan di sini, janganla expect saya akan terangkan detail medical terms ye. Ini penjelasan utk dummies macam kami yg tiada medical background ye.

Ini penjelasan beliau:
"Pneumonia ada 2 jenis, yang ada classic symptoms dan silent pneumonia (tiada simptom). Dalam kes Nuaim, saya tulis pneumonia setelah saya mencari jawapan selama 2 jam setengah. Saya call dan minta pendapat pakar2 yg lebih senior termasuk Dr Karim dan Dr Zaini (boss saya) samada nak letak "pneumonia" atau "lab pending investigation". Saya katakan sedemikian kerana saya cuma jumpa satu abnormality pada lung baby. Lung baby melekat kuat pada pleural cavity (iaitu ruang di antara lung dan sangkar rusuk), sehingga saya terpaksa menarik sangkar rusuk ke atas dan pembantu saya memisahkan paru-paru menggunakan tangan dgn sangat lembut dan berhati-hati supaya lung tidak terkoyak. Itu pun koyak juga sedikit sebab terlalu keras dan kuat lekatan itu. Saya pernah lihat keadaan tersebut pada org dewasa tapi tidak pada seorang bayi. Jadi saya ragu-ragu apa yg perlu ditulis pada COD.

Hasil perbincangan kami, saya letakkan pneumonia. Ini adalah "Atypical pneumonia". Sebab apa, bila saya tengok balik pre-investigation on case scenario Nuaim, iaitu cerita yang saya siasat daripada ibubapa, jalan ceritanya kena. Sebab "Atypical pneumonia" berlaku kepada bayi yang sihat, aktif, minum susu dengan banyak, menangis dengan kuat, berselera makan dan tidak demam (suhu badan normal).

Dalam pemeriksaan luaran, tiada unsur-unsur pengabaian atau penderaan. Bila saya cubit kulit tangan Nuaim, keelastikannya seperti orang yang normal. Kulitnya cepat jatuh semula. Maksudnya dia tiada masalah dehydration. Jadi saya buka kepala utk lihat jika ada sebarang bleeding. Tiada bleeding, maknanya tiada kesan hentakan, goncangan atau terjatuh. Kemudian saya tarik lidahnya keluar dan lihat jika tulang di sekitar lidah patah atau tidak, takut baby dicekik atau sebagainya. So tiada kesan patah. Sebab itu saya singkirkan faktor jenayah.

Seterusnya saya terpaksa buka chest sebab saya masih belum jumpa COD. Di situ saya terus nampak keadaan lung yg melekat kuat kepada sangkar rusuk (pleural cavity). Sepatutnya dalam keadaan normal, mesti ada ruang yang memisahkan kedua-duanya, di mana kita boleh masukkan tangan di celah-celahnya. Bila saya katakan hal itu kpd bos-bos saya, mereka terus kata boleh letakkan COD sebagai pneumonia kerana jangkitan kuman. Menurut Dr Karim, ianya adalah viral pneumonia iaitu penyebab utama pneumonia pada kanak-kanak yang lebih muda. Besar kemungkinan virus datang daripada kanak-kanak lain yang tinggal di nursery sama. Kita semua tahu, kanak-kanak di nursery sering demam, batuk, selsema, ada scabbies, kutu dan macam2 lagi. Ini ditambah pula oleh pengudaraan dan persekitaran, nursery, shopping mall, atau mungkin juga rumah yang tidak bersih menjadikan peparu kanak-kanak menjadi perumah virus.

Bila diteliti lung Nuaim sudah menghampiri kategori keempat pneumonia iaitu "partially resolving fibrosis" (kalau saya salah minta maaf), iaitu suatu keadaan di mana sel-sel darah putih sudah memakan virus-virus yang meliputi lung tetapi tidak berupaya memusnahkan kesemuanya sekali kerana keadaan badannya baru recover daripada cirit-birit seminggu sebelum itu. Apabila Dr Karim bertanyakan warna lung kepada Dr Fatimah (yg menjalankan post mortem), serta-merta Dr Karim menyatakan bahawa itu bermakna pneumonia pada Nuaim sudah berlaku seminggu yg lalu (ini konsisten dengan cirit-birit dialaminya sebelum itu). Dr Karim menyatakan cirit boleh mencetuskan (trigger) pneumonia yang hampir sembuh pada lung Nuaim.

Bila suami tanya ada tak kemungkinan SIDS (sudden infant death syndrome)? Dr Karim kata agak mustahil sebab SIDS biasanya menyerang pada waktu malam. Tetapi keseluruhannya menurut Dr Fatimah, beliau akan merujuk semula semua fakta kes daripada patologi dan melihat kembali punca kematian arwah setelah result daripada patologi sampai. Itu termasuklah result daripada darah, tisu, air tulang belakang dan entah apa lagi yang diambil daripada Nuaim, saya pun tak tahu. Lagi 2 ke 4 minggu mungkin baru dapat result tersebut. Tetapi setakat ini, mereka tetap pegang COD Nuaim sebagai pneumonia. The silent, undetectable pneumonia!

Jika dilihat kepada time-based scenario; iaitu faktor penting dalam bidang forensik, kelewatan intubate oksigen ke dalam badan Nuaim adalah terlalu panjang/lama. Ini disebabkan baby ditinggal berseorangan dan biru (entah berapa minit dan tiada siapa yg tahu apa yang telah berlaku exactly pada masa itu kerana tiada siapa attend baby) serta lambat dihantar ke kecemasan. Otak baby lebih cepat deteriorate (rosak) berbanding org dewasa, lambat 10 minit pun sebenarnya otak Nuaim dah mati. Kalaupun Nuaim dapat diselamatkan di Hospital, Nuaim akan mendapat kecacatan kekal (cripple) dan akan terus bergantung kpd mesin bantuan pernafasan sehingga akhir hayatnya, hanya kuasa Allah yg dpt menyembuhkannya nanti. Allah!! Hati saya bergetar mendengarnya. Benarlah perancangan Allah itu lebih hebat. Pada kami, lebih baik Nuaim diambil Allah daripada hidup menanggung sengsara.

Ok, itu sahaja yg dapat saya kongsikan buat masa ini. Tetapi benar segala details yang diberi oleh ketiga-tiga pakar forensik ini sungguh meyakinkan kami bahawa COD arwah Nuaim adalah natural disease. Kami balik dgn berlapang dada.

Saya dan suami sudah maafkan pengasuh2 dan owner nursery. Apa yg kami harapkan mereka mengambil pengajaran yg besar dari pemergian Nuaim terutamanya dari segi pengendalian SOP utk kes kecemasan di masa hadapan. Pada kami, kemaafan itu insyaAllah akan mengurangkan kesakitan dan kepedihan di hati kami. Walau tidak sepenuhnya, sekurang-kurangnya kami rasa lebih tenang sekarang. Tetapi hingga ke hari ini, saya masih terjaga di awal pagi antara pukul 2-4 pagi dalam keadaan cemas, jantung berlari kencang, dan ketakutan yang teramat kerana masih terngiang2 di telinga saya jeritan pengasuh di hujung telefon menjerit-jerit bagaikan histeria.."Baby dah biru!!Nuaim dah biru..cepat datang!!"

Allahuakbar, bagaimana harus saya tidur dengan lena lagi selepas ini?? Setiap malam saya tidur di atas bantal Nuaim dan saya peluk baju-baju arwah yang masih melekat bau badan baby yg sungguh harum.

 
Inilah ANAK SYURGA kami..Al Fatihah!