May 14, 2013

Nuaim Ilman Sudden Death: Silent Killer "Atypical Pneumonia"

Salam semua,

beratnya jari-jari ini nak mencatat secara terperinci tentang apa yg telah berlaku ke atas anak bongsu kami, Allahyarham Muhammad Nuaim Ilman bin Mohd. Nazry. Arwah baru sahaja berusia 94 hari ketika dijemput Illahi pada 26 April 2013, iaitu lebih kurang 2 minggu yg lalu. Anak lelaki ketiga kami, berjarak 4 tahun daripada abang kedua (Nafiz). Ramai sudah tahu tentang kehilangan anak kami, jadi saya akan terus jump kepada penyebab kematian arwah.

Tidak sampai seminggu pemergian Nuaim, kami sudah kembali ke Bukit Mahkota, Bangi. Kenapa awal sgt? Sebab sijil kematian perlu didaftarkan dalam masa seminggu di kawasan kelahiran bayi. Selesai urusan di JPN Kajang, suami cadangkan kami pergi berjumpa dgn Sub-Inspektor Ramlan, Ketua Balai Bndr. Seri Putra utk bertanyakan tindakan seterusnya yg perlu kami ambil dalam kes Nuaim ini. Kedatangan kami memang sudah dinantikan oleh beliau. Hasil perbincangan bermula daripada panggilan telefon drpd pihak nursery, Nuaim dibawa ke Unit Kecemasan KK kemudian dikejarkan ke Unit Kritikal Hospital Serdang, disahkan meninggal, desakan post mortem oleh pakar kanak-kanak, hinggalah keputusan post mortem dijelaskan kpd kami (ibubapa) oleh pakar forensik Hospital Serdang.

Beliau mendengar penjelasan kami dgn khusyuknya tanpa mencelah apa-apa, memberikan kami peluang meluahkan perasaan tidak puas hati dengan kecuaian pihak nursery terutamanya. Beliau kemudian menjelaskan dgn penuh profesional & berhati-hati bahawa kami boleh teruskan niat utk menyaman dan polis akan terus buka kertas siasatan. "Tapi saya sudah berbincang dgn Dr Fatimah (Forensik), Dr kata tiada unsur jenayah ditemui pada arwah, jadi saya sudah tutup kes. Boleh diteruskan dgn saman ke atas kecuaian, tiada masalah tapi akan ada byk implikasinya kpd cik berdua. Akan ambil masa yg panjang bila kes dibawa naik court, mungkin mendera emosi & mental parents, dsbgnya". Kami faham dan bersetuju dgn beliau. Sebenarnya memang kami pun tiada niat sampai ke tahap menyaman nursery, sebab kami taknak kubur arwah digali sekali lagi utk re-post mortem sekiranya peguam mencabar kesahihan result post mortem awal. Kami cuma mahu nursery ini lebih bertanggungjawab, ambil berat perkara ini & tidak terlepas begitu sahaja sebab dah melibatkan kematian anak di bwh jagaan mereka.

Kenapa?
1. Membiarkan anak saya yg sedang merengek dalam keadaan meniarap dlm masa 10-15 minit dgn harapan anak sy akan tertidur nanti.
2. Tidak memandikan Nuaim dari pagi kerana menyangkakan anak saya sudah mandi (katanya dia cium anak saya, berbau wangi so dia assume baby dah mandi), tidak boleh telefon tanya kpd kami ke?
3. Bila anak saya dijumpai sudah biru, owner tidak terus membawa Nuaim ke kecemasan, sebaliknya mengambil tindakan sendiri membawanya ke klinik2 swasta di sekitar kerana katanya "terlalu panik". Masa yg panjang sudah terbazir di situ, anak sudah biru, oksigen sudah lama tidak sampai ke otak, tiada bantuan awal diberikan serta-merta, dan tidak tahu di mana letaknya kecemasan terdekat. Semua klinik swasta tidak mahu terima. Sedih kan?
4. Bila ambulans nak bawa ke Serdang, owner nursery cakap pada suami saya yang dia nak follow kereta suami sebab tak tahu jalan ke Hospital. Mungkin panik teramat atau mungkin benar dia tak tahu jalan.

Kemudian kami ke nursery utk minta penjelasan terperinci ttg apa yg telah berlaku pada hari kejadian. Sebelum ke sana petang itu, saya dan suami gelisah dan berdebar sangat sebab nak berhadapan & mendengar keseluruhan cerita. Saya solat & doa byk2 supaya Allah tenangkan hati kami, mohon dikuatkan hati & ditabahkan jiwa kami. Sampai di sana, menggigil tangan dan kaki saya melangkah masuk ke dlm nursery. Owner sambut saya dari luar dan terus peluk saya. Pengasuh2 datang peluk saya sambil menangis meminta maaf. Saya angguk sahaja sebab terlalu sebak dan hiba. Kami berikan ruang dahulu utk mereka bercerita & menjelaskan keadaan. Barulah suami menjelaskan satu-persatu kecuaian yg telah berlaku. Benar, bila panik sangat kita tak boleh berfikir secara logik. Tapi SOP tersusun perlu ada utk run sebuah nursery. Panjang perbincangan kami, kami tegur cara pengurusan dan tindakan tidak profesional owner directly. Akhirnya mereka minta maaf dan mengakui kesilapan2 mereka. Saya dan suami tidak langsung marah-marah atau memaki-hamun, cuma mungkin nada suara agak tinggi kerana cuba melawan hati yg sebak. Setiap patah perkataan dan ayat mereka merobek2 hati dan perasaan kami, tapi saya cuba bertenang supaya saya tidak membenci. Bila sebak, saya genggam tangan suami supaya saya terus kuat utk berada di situ. Ok done for this part, kami bermaaf-maafan. Kami collect barang2 dan pakaian Nuaim yg ditinggalkan di nursery. Luluh hati saya! Tapi sebahagian kemarahan yg tersimpan dalam hati kami mula mereda, dan kami tinggalkan nursery dgn sedikit ketenangan kerana misi tercapai.

Persinggahan seterusnya ialah Hospital Annur Bangi, tempat dimana Nuaim dilahirkan. Tujuannya utk minta medical report dan history Nuaim sepanjang menerima rawatan di situ. Check-up, lahir, berkhatan, menerima imunisasi dan mendapatkan rawatan terakhir 2 hari sebelum pemergian arwah kerana kerap cirit. Alhamdulillah kami dapat kerjasama dan bantuan sepenuhnya dari Paed dan staf di Jabatan Rekod yang langsung tidak mengecaj kami utk MR.

Persinggahan terakhir ialah Unit Forensik Hospital Serdang, utk mendapatkan result post mortem tempohari. Rupa-rupanya report belum siap, kami perlu jumpa pakar forensik terus utk mohon dipercepatkan sekiranya perlu. Saya dan suami tunggu pukul 2 utk pejabat forensik dibuka, kemudian setengah jam lagi kerana doktor sedang meeting. Dr Fatimah sambut kami dgn berlapang dada dan senyuman manis. Hati saya lega sebab banyak perkara kami nakkan penjelasan terus daripada beliau. Kata beliau "masuklah, buat macam rumah sendiri, ini memang tugas dan amanah kami, datanglah, kami alu-alukan".

Soalan kami bermula dengan "Kenapa COD baby saya pneumonia doc?". Berdasarkan penjelasan rakan2 yg bekerja sbg doktor (terima kasih kerana bagi kami banyak input) dan rakan2 yg mempunyai anak penghidap pnuemonia, pneumonia ada simptom2 jelas seperti demam, batuk, selsema dan bunyi pelik pada pernafasan. Anak kami tiada langsung simptom2 tersebut. Doc kate dia dah expect soalan kami. Sebelum itu, saya nak bagitau kawan-kawan di sini, janganla expect saya akan terangkan detail medical terms ye. Ini penjelasan utk dummies macam kami yg tiada medical background ye.

Ini penjelasan beliau:
"Pneumonia ada 2 jenis, yang ada classic symptoms dan silent pneumonia (tiada simptom). Dalam kes Nuaim, saya tulis pneumonia setelah saya mencari jawapan selama 2 jam setengah. Saya call dan minta pendapat pakar2 yg lebih senior termasuk Dr Karim dan Dr Zaini (boss saya) samada nak letak "pneumonia" atau "lab pending investigation". Saya katakan sedemikian kerana saya cuma jumpa satu abnormality pada lung baby. Lung baby melekat kuat pada pleural cavity (iaitu ruang di antara lung dan sangkar rusuk), sehingga saya terpaksa menarik sangkar rusuk ke atas dan pembantu saya memisahkan paru-paru menggunakan tangan dgn sangat lembut dan berhati-hati supaya lung tidak terkoyak. Itu pun koyak juga sedikit sebab terlalu keras dan kuat lekatan itu. Saya pernah lihat keadaan tersebut pada org dewasa tapi tidak pada seorang bayi. Jadi saya ragu-ragu apa yg perlu ditulis pada COD.

Hasil perbincangan kami, saya letakkan pneumonia. Ini adalah "Atypical pneumonia". Sebab apa, bila saya tengok balik pre-investigation on case scenario Nuaim, iaitu cerita yang saya siasat daripada ibubapa, jalan ceritanya kena. Sebab "Atypical pneumonia" berlaku kepada bayi yang sihat, aktif, minum susu dengan banyak, menangis dengan kuat, berselera makan dan tidak demam (suhu badan normal).

Dalam pemeriksaan luaran, tiada unsur-unsur pengabaian atau penderaan. Bila saya cubit kulit tangan Nuaim, keelastikannya seperti orang yang normal. Kulitnya cepat jatuh semula. Maksudnya dia tiada masalah dehydration. Jadi saya buka kepala utk lihat jika ada sebarang bleeding. Tiada bleeding, maknanya tiada kesan hentakan, goncangan atau terjatuh. Kemudian saya tarik lidahnya keluar dan lihat jika tulang di sekitar lidah patah atau tidak, takut baby dicekik atau sebagainya. So tiada kesan patah. Sebab itu saya singkirkan faktor jenayah.

Seterusnya saya terpaksa buka chest sebab saya masih belum jumpa COD. Di situ saya terus nampak keadaan lung yg melekat kuat kepada sangkar rusuk (pleural cavity). Sepatutnya dalam keadaan normal, mesti ada ruang yang memisahkan kedua-duanya, di mana kita boleh masukkan tangan di celah-celahnya. Bila saya katakan hal itu kpd bos-bos saya, mereka terus kata boleh letakkan COD sebagai pneumonia kerana jangkitan kuman. Menurut Dr Karim, ianya adalah viral pneumonia iaitu penyebab utama pneumonia pada kanak-kanak yang lebih muda. Besar kemungkinan virus datang daripada kanak-kanak lain yang tinggal di nursery sama. Kita semua tahu, kanak-kanak di nursery sering demam, batuk, selsema, ada scabbies, kutu dan macam2 lagi. Ini ditambah pula oleh pengudaraan dan persekitaran, nursery, shopping mall, atau mungkin juga rumah yang tidak bersih menjadikan peparu kanak-kanak menjadi perumah virus.

Bila diteliti lung Nuaim sudah menghampiri kategori keempat pneumonia iaitu "partially resolving fibrosis" (kalau saya salah minta maaf), iaitu suatu keadaan di mana sel-sel darah putih sudah memakan virus-virus yang meliputi lung tetapi tidak berupaya memusnahkan kesemuanya sekali kerana keadaan badannya baru recover daripada cirit-birit seminggu sebelum itu. Apabila Dr Karim bertanyakan warna lung kepada Dr Fatimah (yg menjalankan post mortem), serta-merta Dr Karim menyatakan bahawa itu bermakna pneumonia pada Nuaim sudah berlaku seminggu yg lalu (ini konsisten dengan cirit-birit dialaminya sebelum itu). Dr Karim menyatakan cirit boleh mencetuskan (trigger) pneumonia yang hampir sembuh pada lung Nuaim.

Bila suami tanya ada tak kemungkinan SIDS (sudden infant death syndrome)? Dr Karim kata agak mustahil sebab SIDS biasanya menyerang pada waktu malam. Tetapi keseluruhannya menurut Dr Fatimah, beliau akan merujuk semula semua fakta kes daripada patologi dan melihat kembali punca kematian arwah setelah result daripada patologi sampai. Itu termasuklah result daripada darah, tisu, air tulang belakang dan entah apa lagi yang diambil daripada Nuaim, saya pun tak tahu. Lagi 2 ke 4 minggu mungkin baru dapat result tersebut. Tetapi setakat ini, mereka tetap pegang COD Nuaim sebagai pneumonia. The silent, undetectable pneumonia!

Jika dilihat kepada time-based scenario; iaitu faktor penting dalam bidang forensik, kelewatan intubate oksigen ke dalam badan Nuaim adalah terlalu panjang/lama. Ini disebabkan baby ditinggal berseorangan dan biru (entah berapa minit dan tiada siapa yg tahu apa yang telah berlaku exactly pada masa itu kerana tiada siapa attend baby) serta lambat dihantar ke kecemasan. Otak baby lebih cepat deteriorate (rosak) berbanding org dewasa, lambat 10 minit pun sebenarnya otak Nuaim dah mati. Kalaupun Nuaim dapat diselamatkan di Hospital, Nuaim akan mendapat kecacatan kekal (cripple) dan akan terus bergantung kpd mesin bantuan pernafasan sehingga akhir hayatnya, hanya kuasa Allah yg dpt menyembuhkannya nanti. Allah!! Hati saya bergetar mendengarnya. Benarlah perancangan Allah itu lebih hebat. Pada kami, lebih baik Nuaim diambil Allah daripada hidup menanggung sengsara.

Ok, itu sahaja yg dapat saya kongsikan buat masa ini. Tetapi benar segala details yang diberi oleh ketiga-tiga pakar forensik ini sungguh meyakinkan kami bahawa COD arwah Nuaim adalah natural disease. Kami balik dgn berlapang dada.

Saya dan suami sudah maafkan pengasuh2 dan owner nursery. Apa yg kami harapkan mereka mengambil pengajaran yg besar dari pemergian Nuaim terutamanya dari segi pengendalian SOP utk kes kecemasan di masa hadapan. Pada kami, kemaafan itu insyaAllah akan mengurangkan kesakitan dan kepedihan di hati kami. Walau tidak sepenuhnya, sekurang-kurangnya kami rasa lebih tenang sekarang. Tetapi hingga ke hari ini, saya masih terjaga di awal pagi antara pukul 2-4 pagi dalam keadaan cemas, jantung berlari kencang, dan ketakutan yang teramat kerana masih terngiang2 di telinga saya jeritan pengasuh di hujung telefon menjerit-jerit bagaikan histeria.."Baby dah biru!!Nuaim dah biru..cepat datang!!"

Allahuakbar, bagaimana harus saya tidur dengan lena lagi selepas ini?? Setiap malam saya tidur di atas bantal Nuaim dan saya peluk baju-baju arwah yang masih melekat bau badan baby yg sungguh harum.

 
Inilah ANAK SYURGA kami..Al Fatihah!
 


April 05, 2013

Teeth clearance indeed!

Salam..fuuuhh almost a year left this blog..bersawang!!

Banyak benda nak update ni..tapi selama itu busybody with my study..huhu
Mula2 nak story-mory about my eldest son's teeth operation...opps clearance indeed!

Si abang (Nadhir Ibtisam) is now 5 years and by end of year 2012 we decided to move on to an aggressive step. that was to clear his mouth from decayed teeth. And what will left is just err..4 batang gigi depan bawah..haha..sadis ok gigi dia ni..bukan sebab tiap2 hari makan gula-gula (we being strict on that one) tapi according to his dentist, gigi susu dia tergolong dalam gigi yang easily vulnerable..cepat rosak..ditambah dengan tabiat bottlefeed setiap malam sampai ke pagi. Jadi gula dalam susu melekat pada gigi & menggalakkan bakteria membiak dengan riang-ria sepanjang malam. Jadi kalau anak nak hisap susu malam2, make sure lepas habis sebotol terus minum air suam utk bilas..tapi kalau anak yg tak kuasa nak celik mata pukul 1 pagi atau 3 pagi atau 5 pagi macam budak ni..ginilah resultnye ye..hehe (ampunkan mummy tidak bertegas dgn kamu ye anak! :)

Actually regim penjagaan gigi anak2 ni dah bermula dari umur setahun (lewat jgkla..xbagus2..nom nom)..memang dari kecik dah biasakan anak2 dengan melawat dentist.. Tapi mula2 just cuci gigi atau tampal gigi berlubang..lama-kelamaan sampaila ke tahap kena cabut gigi buruk ni..huhu

Mula2 cabut ok je..senang gamaknye..huhu..hepi je jumpa dentist..lepas setengah tahun & several visits, makin mencabar pulak keje dentist ni..mana tidaknye, gigi taring kot! Fobia mula tercetus bila in this one visit to this chinese dentist, first kena cucuk ubat kebas..huwaaaaa..bergegar klinik 2 tingkat tu! Bila dah kebas gusinya, dia start buat berair mulut..then bila dentist terpaksa gunakan tool macam playar tu..panjang giler gigi yg kena buang tu..huu ngeri jugakla tgk dentist tu kopak gigi (kuat betul tangan dentist ni ok!)..die punye melalak macam nak pecah gegendang telinga kami ni..huhu kesian sungguh tgk..

Visit seterusnya mintak dentist cabutkan gigi lain pulak..bila dentist (yg lain pulak) sua je tool die nak tgk ke dalam mulut..die terus meloncat dari kerusi pesakit tu & berlari pusing 1 bilik rawatan sambil menjerit-jerit histeria..siap ditepisnya secawan air kat mummy (lencun seluarku dah macam buang air plak org tgknye..adehh)..dah macam larian maraton pun ade (kat taman takde pulak ko lari macam tu kan)..terus dentist yg juga chinese ni cakap "kita jgn pressure die la..die sudah trauma ni" sambil advised kami refer pakar pergigian kanak-kanak di hospital kerajaan. Dentist tu kata ada method guna syrup utk pengsankan kanak-kanak & dlm operation gigi ni, semua gigi rosak dibuang sekaligus..mengurangkan kesakitan & trauma kanak2. Saya jenis tak takut tambah2 bila profesional yg suggest, tapi ayahnye takut jugak dengar. Bila ayahnye cerita pada tokwan lagi la banyak benda-benda merapu keluar (biasala org2 tua..). Takut effect mata la, otak la..bla3..kalah dentist tu explain lagi dah..haih malas saya nak dengar sangat. So saya sms pd seorang kawan (is a friend's wife..pakar gigi) bertanyakan prosedur ini. Dia juga suggest benda yg sama "dapatkan reference letter dari klinik gigi kerajaan utk buat appointment dengan pakar gigi kanak2 di hosp kerajaan".

Few weeks before the operation, saya tulis status di Fb tentang hal ni. Ramai la yg bagi feedback..malah ade yg explain dgn begitu terperinci prosedurnya hingga malam itu kami tak boleh tidur memikirkan kesan ke atas anak kecil ini. "OMG, what should we do now? Nak teruskan ke tak?" Ayahnye dah mula fikir macam2. Akhirnya dia dapat tahu dari seorang kawan yang bekerja sbg doctor, ade kawan sekolah lain yang sekarang menjadi pakar gigi kanak2 di KL ni. Terus esoknye die call & mintak pendapat profesional. Alhamdulillah, penerangannya sangat jelas. Nama pun pakar, bukan pakar beli ye..kawan ayahnye ni satu-satunya pakar pergigian kanak2 termuda di Malaysia (mungkin jugak di Asia), bertugas di HKL. Ayatnye lebih kurang camni "lebih baik buat operation & buang semua yg rosak serentak..jika dibiarkan boleh bengkak muka kerana jangkitan kuman..memburukkan lagi keadaan sedia ada". Alhamdulillah, kata sepakat dicapai antara saya & suami..tak perlu dengar cakap org walaupun org tu pernah melaluinya..dengar cakap pakar..jangan goyah bila tokwannye tegah lagi kali ni.

Satu-satunya org yg boleh buat saya bertenang & percaya dgn setiap keputusan yg diambil ialah nenek saya. Ye, nenek tak sekolah tapi tidak buta huruf. Nenek surirumah sepenuh masa & lebih tua dari ayah suami saya. Nenek yg jaga saya dari kecik. Tapi die selalu yakin dengan keputusan saya, sebab dia tahu saya selalu berfikir panjang dalam situasi penting. Kata nenek "buatlah kalau dah doc pakar pun cakap camtu..doa byk2 bagi Allah permudahkan..apa2 nanti bagitaula". Kami mula buat follow up dengan dentist Hospital Serdang. Kami juga mintak supaya operation dpt dijalankan sebelum akhir tahun 2012. Sebab kami sedang expecting another baby, duenya Januari 2013.

Lepas few months, saya dapat call pd hari Sabtu, "Puan, Isnin ni kita jadualkan operation utk Nadhir boleh ke? Pukul 7 perlu ada di tingkat 4, daycare. Anak kena mula puasa bermula 12 tengah malam, air pun tak boleh". Ahad malam Isnin, kami dua orang dah tak boleh lena. Dari petang dah ckp dengan Nadhir "abang kena makan banyak2 sekarang, nak tidur nanti tak boleh hisap susu dah". Ya Allah, Tuhan tu sentiasa dengar doa kita. Anak yg selama ni setiap malam tak lepas botol susu dari mulut, malam tu langsung tak merengek. Saya peluk Nadhir sampai ke subuh, kejutkan die pun senang. Adiknye pun ikut xbuat perangai. 7.30 pagi daftar di Serdang, terus masuk daycare. Dentist muda, Dr Normimi yg comey lote dtg bagi penerangan apa yg akan dibuang & tidak. Katanya "kami akan cuba selamatkan gigi bawah yg kurang rosak, buat treatment supaya Nadhir boleh makan. Tapi yg atas semuanya memang hopeless la (sambil gelak2)" hihi itu mmg xdpt dinafikan la. Saya & suami cakap "Doc buatla apa yg patut". Kami tanya macam2 utk kali terakhir.

Sebelum kejadian..khusyuk main Ipad


Dah ready pakai white gown..
Bila sampai turn Nadhir, ade sorang budak Arab disorong masuk daycare. Elok je dia tersedar, menjerit-jerit pd ayahnya. Tapi saya tengok ayahnye senyum aje..lembut je dia cakap dgn anaknye yg tak habis2 menjerit tu..hihi comel sgt anak arab ni. Marah betul die kat ayahnye tu..haha. Ayahnye senyum pada saya. Nadhir masuk dengan ayahnye sebab saya tengah sarat, temankan si adik (Nafiz) di daycare. Tengah2 tunggu, dapat whatsapp dari suami..gambar Nadhir yang ini..
Tengah menunggu dalam OT

Lepas setengah jam, suami whatsapp lagi.."belum buat apa2 lagi ni..adehh". Aikk tengok budak2 lain semua sekejap je, setengah jam dah tolak masuk daycare. Saya replied "Kenapa lambat sgt?". Suami tak jawab. Resahnye hati. Lepas 45 minit, suami masuk daycare. Saya tanya mana Nadhir. Dia kata baru bius, doc mintak keluar.

Suami pun cerita la "tunggu lama kat dalam tu, rupa2nya bukan turn Nadhir lagi, ada sorg lagi budak pompuan sepatutnya masuk dulu. Nurse g tolak Nadhir masuk tu kena marah dgn doc sebab salah nama. Doc cakap mana boleh ikut siapa dtg dulu, dia dah schedule nama & dah setup ubat bius ikut nama, umur, berat dll. Kata doc, klau salah orang, jadi apa2 kamu nak tanggung"..so nurse mintak tunggu & sorong masuk budak tu pulak. Bila doc sedang bagi ubat bius kat budak tu, tiba2 budak pompuan ni batuk dengan amat teruk & pengsan. Lepas tu bunyi pernafasan die sgt kuat, bunyi macam teruk sangat. Nampak semua nurse & doc berlari2 ambik macam2 peralatan. Doc pakar siap marahkan mak budak tu sbb tak jujur. Sebab ape saya tanya "rupa2nya anak die batuk & selsema, die xbagitau doc". Sebab tu la b4 any operation doc akan tanya anak sihat x, demam, batuk or flu x? Doc kena keluarkan kahak dari kerongkong die, sampai ayahnye yg duduk dekat situ pulak meremang bulu roma. Terus suami tanya pada doc, "nanti anak saya pun macam tu ke?". Doc: eh takdela, budak ni belum sihat betul2..kita kena keluarkan kahak". Nangis beria2 la maknye kat situ, yela sape tak syg anak kan..tapi itula kena berlaku jujur, ada kepentingannya di situ ye kawan2!

So bila budak pompuan tu dah selesai dgn selamat, sampaila turn Nadhir. Doc pakar gigi kanak2 tu Melayu, die bacakan surah Al-Fatihah semasa pkar yang lain bius Nadhir. Bila dah pengsan, die suruh ayahnye cium anak dulu sebelum tinggalkan OT. Alhamdulillah semuanya lancar.
Bila dah selesai, ada nurse dtg ambil katil Nadhir & mintak ayahnye standby sebelum anak terjaga supaya die x panik.


Baru masuk daycare, terjaga sekejap nangis sikit & terlena balik..masih di bawah pengaruh bius


Mula2 die terjaga tu nangis la sikit sebab die rasa mulut hanyir berdarah2 kan. Mulut pun masih rasa kebas, so die nangis sebab tak selesa. Doc pesan jangan bagi die kumur & ludah air liur berdarah tu..suruh die minum air masak dan telan dengan darah2 tu. Sebab kalau kumur & ludah, lebih lambat darah akan kering. So redha la si Nadhir telan air liur darah..kesian Mummy tengok. Tapi dia kira nak tidur je time tu sbb bius mengantuk kan. Then doc suruh gerakkan die bagi makan bubur sikit, nak tengok die muntah ke x lepas makan. Mula2 taknak makan, nak tido katanye. Puas la doc Normimi tu pujuk suruh makan bubur, kalau tak abang x boleh balik..tido kat sini tak best la abang..semua org dah balik. So die gagahkan la jgk makan aiskrim dan bubur sikit. Petang tu dalam pukul 6 dapatla discaj daycare sebab keadaan dia ok. Inila gambar Nadhir bila dah dapat makan & minum..puasa 12 jam tu, dari pukul 12 tengah malam sampai 12 tengahari baru masuk OT. Eh lebih 12 jam la, campur dkt sejam buat teeth clearance & tunggu die terjaga dari mamai bius..hihi

Takut nak senyum..huhu

Nila die superhero Abah & Mummy!! Wallaaaa...
 
Balik rumah kami check la mulut die..ade byk benang2 hitam dijahit menutupi lubang2 gigi yang di-clearkan..bila tanya, Nadhir jawab "sakit sikit2 je"..huhu kuat jgk budak kecik ni..
So lega la tokwan die yg dok call hari2 tanya itu ini macam2 sblm ni..huhu..tak sampai seminggu, dah boleh makan solid food..lepas 2 minggu hilangla semua benang2 hitam dalam mulut die..sekarang dah bulan 4 2013, 2 batang gigi dah last luruh dah tumbuh semula sbg gigi kekal..Alhamdulillah!

Terima kasih Allah, bagi kami pengalaman baru sbg parents..syukur!