Banyak benda nak update ni..tapi selama itu busybody with my study..huhu
Mula2 nak story-mory about my eldest son's teeth operation...opps clearance indeed!
Si abang (Nadhir Ibtisam) is now 5 years and by end of year 2012 we decided to move on to an aggressive step. that was to clear his mouth from decayed teeth. And what will left is just err..4 batang gigi depan bawah..haha..sadis ok gigi dia ni..bukan sebab tiap2 hari makan gula-gula (we being strict on that one) tapi according to his dentist, gigi susu dia tergolong dalam gigi yang easily vulnerable..cepat rosak..ditambah dengan tabiat bottlefeed setiap malam sampai ke pagi. Jadi gula dalam susu melekat pada gigi & menggalakkan bakteria membiak dengan riang-ria sepanjang malam. Jadi kalau anak nak hisap susu malam2, make sure lepas habis sebotol terus minum air suam utk bilas..tapi kalau anak yg tak kuasa nak celik mata pukul 1 pagi atau 3 pagi atau 5 pagi macam budak ni..ginilah resultnye ye..hehe (ampunkan mummy tidak bertegas dgn kamu ye anak! :)
Actually regim penjagaan gigi anak2 ni dah bermula dari umur setahun (lewat jgkla..xbagus2..nom nom)..memang dari kecik dah biasakan anak2 dengan melawat dentist.. Tapi mula2 just cuci gigi atau tampal gigi berlubang..lama-kelamaan sampaila ke tahap kena cabut gigi buruk ni..huhu
Mula2 cabut ok je..senang gamaknye..huhu..hepi je jumpa dentist..lepas setengah tahun & several visits, makin mencabar pulak keje dentist ni..mana tidaknye, gigi taring kot! Fobia mula tercetus bila in this one visit to this chinese dentist, first kena cucuk ubat kebas..huwaaaaa..bergegar klinik 2 tingkat tu! Bila dah kebas gusinya, dia start buat berair mulut..then bila dentist terpaksa gunakan tool macam playar tu..panjang giler gigi yg kena buang tu..huu ngeri jugakla tgk dentist tu kopak gigi (kuat betul tangan dentist ni ok!)..die punye melalak macam nak pecah gegendang telinga kami ni..huhu kesian sungguh tgk..
Visit seterusnya mintak dentist cabutkan gigi lain pulak..bila dentist (yg lain pulak) sua je tool die nak tgk ke dalam mulut..die terus meloncat dari kerusi pesakit tu & berlari pusing 1 bilik rawatan sambil menjerit-jerit histeria..siap ditepisnya secawan air kat mummy (lencun seluarku dah macam buang air plak org tgknye..adehh)..dah macam larian maraton pun ade (kat taman takde pulak ko lari macam tu kan)..terus dentist yg juga chinese ni cakap "kita jgn pressure die la..die sudah trauma ni" sambil advised kami refer pakar pergigian kanak-kanak di hospital kerajaan. Dentist tu kata ada method guna syrup utk pengsankan kanak-kanak & dlm operation gigi ni, semua gigi rosak dibuang sekaligus..mengurangkan kesakitan & trauma kanak2. Saya jenis tak takut tambah2 bila profesional yg suggest, tapi ayahnye takut jugak dengar. Bila ayahnye cerita pada tokwan lagi la banyak benda-benda merapu keluar (biasala org2 tua..). Takut effect mata la, otak la..bla3..kalah dentist tu explain lagi dah..haih malas saya nak dengar sangat. So saya sms pd seorang kawan (is a friend's wife..pakar gigi) bertanyakan prosedur ini. Dia juga suggest benda yg sama "dapatkan reference letter dari klinik gigi kerajaan utk buat appointment dengan pakar gigi kanak2 di hosp kerajaan".
Few weeks before the operation, saya tulis status di Fb tentang hal ni. Ramai la yg bagi feedback..malah ade yg explain dgn begitu terperinci prosedurnya hingga malam itu kami tak boleh tidur memikirkan kesan ke atas anak kecil ini. "OMG, what should we do now? Nak teruskan ke tak?" Ayahnye dah mula fikir macam2. Akhirnya dia dapat tahu dari seorang kawan yang bekerja sbg doctor, ade kawan sekolah lain yang sekarang menjadi pakar gigi kanak2 di KL ni. Terus esoknye die call & mintak pendapat profesional. Alhamdulillah, penerangannya sangat jelas. Nama pun pakar, bukan pakar beli ye..kawan ayahnye ni satu-satunya pakar pergigian kanak2 termuda di Malaysia (mungkin jugak di Asia), bertugas di HKL. Ayatnye lebih kurang camni "lebih baik buat operation & buang semua yg rosak serentak..jika dibiarkan boleh bengkak muka kerana jangkitan kuman..memburukkan lagi keadaan sedia ada". Alhamdulillah, kata sepakat dicapai antara saya & suami..tak perlu dengar cakap org walaupun org tu pernah melaluinya..dengar cakap pakar..jangan goyah bila tokwannye tegah lagi kali ni.
Satu-satunya org yg boleh buat saya bertenang & percaya dgn setiap keputusan yg diambil ialah nenek saya. Ye, nenek tak sekolah tapi tidak buta huruf. Nenek surirumah sepenuh masa & lebih tua dari ayah suami saya. Nenek yg jaga saya dari kecik. Tapi die selalu yakin dengan keputusan saya, sebab dia tahu saya selalu berfikir panjang dalam situasi penting. Kata nenek "buatlah kalau dah doc pakar pun cakap camtu..doa byk2 bagi Allah permudahkan..apa2 nanti bagitaula". Kami mula buat follow up dengan dentist Hospital Serdang. Kami juga mintak supaya operation dpt dijalankan sebelum akhir tahun 2012. Sebab kami sedang expecting another baby, duenya Januari 2013.
Lepas few months, saya dapat call pd hari Sabtu, "Puan, Isnin ni kita jadualkan operation utk Nadhir boleh ke? Pukul 7 perlu ada di tingkat 4, daycare. Anak kena mula puasa bermula 12 tengah malam, air pun tak boleh". Ahad malam Isnin, kami dua orang dah tak boleh lena. Dari petang dah ckp dengan Nadhir "abang kena makan banyak2 sekarang, nak tidur nanti tak boleh hisap susu dah". Ya Allah, Tuhan tu sentiasa dengar doa kita. Anak yg selama ni setiap malam tak lepas botol susu dari mulut, malam tu langsung tak merengek. Saya peluk Nadhir sampai ke subuh, kejutkan die pun senang. Adiknye pun ikut xbuat perangai. 7.30 pagi daftar di Serdang, terus masuk daycare. Dentist muda, Dr Normimi yg comey lote dtg bagi penerangan apa yg akan dibuang & tidak. Katanya "kami akan cuba selamatkan gigi bawah yg kurang rosak, buat treatment supaya Nadhir boleh makan. Tapi yg atas semuanya memang hopeless la (sambil gelak2)" hihi itu mmg xdpt dinafikan la. Saya & suami cakap "Doc buatla apa yg patut". Kami tanya macam2 utk kali terakhir.
Sebelum kejadian..khusyuk main Ipad |
Dah ready pakai white gown.. |
Tengah menunggu dalam OT |
Lepas setengah jam, suami whatsapp lagi.."belum buat apa2 lagi ni..adehh". Aikk tengok budak2 lain semua sekejap je, setengah jam dah tolak masuk daycare. Saya replied "Kenapa lambat sgt?". Suami tak jawab. Resahnye hati. Lepas 45 minit, suami masuk daycare. Saya tanya mana Nadhir. Dia kata baru bius, doc mintak keluar.
Suami pun cerita la "tunggu lama kat dalam tu, rupa2nya bukan turn Nadhir lagi, ada sorg lagi budak pompuan sepatutnya masuk dulu. Nurse g tolak Nadhir masuk tu kena marah dgn doc sebab salah nama. Doc cakap mana boleh ikut siapa dtg dulu, dia dah schedule nama & dah setup ubat bius ikut nama, umur, berat dll. Kata doc, klau salah orang, jadi apa2 kamu nak tanggung"..so nurse mintak tunggu & sorong masuk budak tu pulak. Bila doc sedang bagi ubat bius kat budak tu, tiba2 budak pompuan ni batuk dengan amat teruk & pengsan. Lepas tu bunyi pernafasan die sgt kuat, bunyi macam teruk sangat. Nampak semua nurse & doc berlari2 ambik macam2 peralatan. Doc pakar siap marahkan mak budak tu sbb tak jujur. Sebab ape saya tanya "rupa2nya anak die batuk & selsema, die xbagitau doc". Sebab tu la b4 any operation doc akan tanya anak sihat x, demam, batuk or flu x? Doc kena keluarkan kahak dari kerongkong die, sampai ayahnye yg duduk dekat situ pulak meremang bulu roma. Terus suami tanya pada doc, "nanti anak saya pun macam tu ke?". Doc: eh takdela, budak ni belum sihat betul2..kita kena keluarkan kahak". Nangis beria2 la maknye kat situ, yela sape tak syg anak kan..tapi itula kena berlaku jujur, ada kepentingannya di situ ye kawan2!
So bila budak pompuan tu dah selesai dgn selamat, sampaila turn Nadhir. Doc pakar gigi kanak2 tu Melayu, die bacakan surah Al-Fatihah semasa pkar yang lain bius Nadhir. Bila dah pengsan, die suruh ayahnye cium anak dulu sebelum tinggalkan OT. Alhamdulillah semuanya lancar.
Bila dah selesai, ada nurse dtg ambil katil Nadhir & mintak ayahnye standby sebelum anak terjaga supaya die x panik.
Baru masuk daycare, terjaga sekejap nangis sikit & terlena balik..masih di bawah pengaruh bius
|
Takut nak senyum..huhu |
Nila die superhero Abah & Mummy!! Wallaaaa... |
So lega la tokwan die yg dok call hari2 tanya itu ini macam2 sblm ni..huhu..tak sampai seminggu, dah boleh makan solid food..lepas 2 minggu hilangla semua benang2 hitam dalam mulut die..sekarang dah bulan 4 2013, 2 batang gigi dah last luruh dah tumbuh semula sbg gigi kekal..Alhamdulillah!
Terima kasih Allah, bagi kami pengalaman baru sbg parents..syukur!